Kalau USD/JPY Naik Lagi, Ini Akan Jadi Paras Tertinggi Sejak Tahun 2002!

287

Mata wang Yen memulakan dagangan pada awal minggu semalam dengan mempamerkan penyusutan ketara, susut ke paras terendah 7 tahun berbanding US dolar.

Selain pengukuhan oleh US dolar dalam pasaran, pelabur memberi tumpuan terhadap petunjuk terbaru oleh bank pusat Jepun berkenaan dasar monetarinya.

Bank of Japan (BOJ) kekal memberi isyarat untuk mengekalkan pelonggaran polisinya walaupun kebanyakan bank pusat utama dunia telah beralih ke fasa pengetatan dasar.

Gabenor BOJ, Haruhiko Kuroda juga turut memberi amaran tentang ketidakpastian yang tinggi terhadap kesan krisis peperangan Rusia dan Ukraine yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY, harga pamerkan kenaikan pada dagangan Isnin semalam ke paras ketinggian terbaru sekitar 125.700.

Ini adalah paras tertinggi harga pernah catatkan sejak Jun 2015 yang lalu.

Kenaikan harga semalam sebenarnya dilihat menyambung trend bullish pada pergerakan minggu lalu dengan harga masih kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.

Tidak mustahil untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi mengatasi ketinggian yang dicapai semalam yang juga merupakan zon rintangan harga pada dagangan 2015.

Sekiranya harga kekal melonjak mencapai ketinggian terbaru mengatasi rintangan pada 2015, maka paras harga terbaru yang dicapai adalah tertinggi sejak tahun 2002!

Sebaliknya jika harga mula membuat penurunan semula di bawah paras sokongan MA50, isyarat untuk perubahan awal trend itu akan buatkan pelabur berhati-hati untuk kejatuhan semula harga.

Penurunan harga dilihat akan menuju ke paras sokongan sekitar 123.500 sebelum penurunan yang dieruskan bakal menguji pula zon RBS (resistance become support) pada 121.500.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat