Kami Yakin Boleh Mendapatkan Perjanjian Brexit Yang Baik Untuk UK – PM May

42

Perdana Menteri UK, Theresa May memohon maaf atas kegagalan beliau mengekalkan majoriti pada pilihan raya bulan Jun dalam persidangan semalam (1 Oktober), memberi respon terhadap kritikan dengan menyatakan parti konservatif mempunyai satu strategi yang tepat dan berkesan untuk membawa Britian memenangi perjanjian Brexit.

May yang berhadapan kemungkinan perlepasan jawatan atas desakan ahli menggunakan persidangan tahunan parti Konservatif di Manchester untuk menetapkan semula agenda beliau dan memberi sumber kewangan kepada pelajar.

Dalam temu ramah beliau bersama BBC, beliau menyangkal tuduhan yang mengatakan berlakunya pergesaran antara ketua-ketua menteri, dan menjelaskan bahawa mereka semua bersatu dalam kebanyakkan program terutamanya dalam isu Brexit. Kenyataan ini di keluarkan sehari selepas menteri luar negeri, Boris Johnson menetapkan empat “redline” perbadi sebagai tanda tidak bersetuju dengan rundingan rumit bersama kesatuan Eropah.

Dengan bilangan penunjuk perasaan yang banyak di luar kawasan persidangan, menuntut Britian dikekalkan dalam kesatuan Eropah, perjalan May masih panjang untuk menyatukan bukan sahaja parti pemerintahannya, tetapi juga negara berikutan undian yang berbeza-beza pada referendum yang dikeluarkan pada tahun lepas.

“Apa yang saya ada adalah kabinet yang bersatu dalam misi kerajaan, dan bersetuju dengan pendekatan yang kita ambil di Florence,” kata May merujuk kepada ucapan beliau di Italy pada bulan lalu sebagai permulaan kepada ulasan Brexit yang tertangguh sekian lama.

Pecah belah dalam kabinet menteri May amat jelas dengan sebahagian mereka menggunakan media untuk menyatakan perbezaan pandangan, bukan sahaja tentang isu Brexit tetapi juga pendekatan yang digunakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kebimbangan ahli-ahli Konservatif tentang sokongan yang meningkat terhadap parti pembangkang, Parti Buruh.

Selepas kabinet bersetuju dengan tempoh peralihan UK daripada Eropah pada Mac 2019, Boris Johnson mengeluarkan empat kenyataan peribadi bahawa peralihan ini mungkin hanya bertahan selama 2 tahun; Britian tidak sepatutnya menerima penghakiman mahkamah Eropah dalam tempoh peralihan; tidak melakukan sebarang pembayaran untuk mendapatkan akses pasaran apabila peralihan tamat; dan tidak perlu bersetuju untuk menggunakan regulasi EU bagi mendapatkan akses.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat