“Adakah harga LTC akan capai $140 pada minggu ini?”
Harganya menyaksikan pendakian yang sangat luar biasa apabila kerajaan Kanada akhirnya memberi kelulusan melaksanakan perdagangan tanpa limit (unlimited) di bursa untuk Litecoin (LTC) dan tiga mata wang kripto lain.
Manakala kripto selain LTC dan tiga aset digital lain akan mempunyai had tahunan sebanyak $30,000, umum kerajaan Kanada dalam masa beberapa minit sahaja semasa majlis Canada Day bertarikh 1 Julai 2023.
Baru-baru ini, Jawatankuasa House of Commons on Industry and Technology dilaporkan menyeru kerajaan menubuhkan strategi blockchain kebangsaan untuk menjelaskan pendekatan pengawalseliaan negara dan menunjukkan sokongan kepada pasaran kripto.
Suka dimaklumkan harga LTC turut melonjak secara ketara apabila aset digital itu didapati akan mengadakan acara halving pada 2 Ogos 2022, di mana ia mengurangkan ganjaran blok daripada 12.5 LTC kepada 6.25 LTC.
Setelah melepasi $100 untuk mencapai tahap tertinggi 14 bulan, rangkaian LTC berjaya memproses lebih 500,000 transaksi harian seterusnya menyebabkan jumlah urus niaga aset digital tersebut turut meningkat.
Menurut penganalisis Crypto Tony, LTC yang kini mengekalkan momentum bullish dijangkakan akan meneruskan kenaikan untuk mencapai sasaran utama beliau seterusnya pada $140 ataupun lebih daripada itu.
Susulan dikelilingi dengan sentimen positif, harga LTC kini melonjak sebanyak 6.43% pada paras $112 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $8 bilion seterusnya raih 29.28% sepanjang minggu lepas.