Kaunter Ini Bakal Kembali Menjadi Perhatian Pelabur

310

Dagangan Bursa Malaysia pada hari ini dibuka sedikit tinggi namun mengalami penyusutan setelah itu berikutan berlaku aktiviti ‘profit taking’ pada saham wajaran tinggi terpilih.

Pada 9.28 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menjunam 6.53 mata kepada 1,497.91 daripada 1,504.44 semasa ditutup pada Rabu.

Bernama melaporkan, indeks itu dibuka 0.85 mata lebih baik kepada 1,505.29.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 354 berbanding 169, manakala 318 kaunter tidak berubah, 1,373 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 553.52 juta unit bernilai RM297.07 juta.

Malacca Securities mengatakan bahawa sentimen pasaran masih dapat dipengaruhi oleh perkembangan politik di Malaysia dan peningkatan kes Covid-19.

Tambahnya, minat belian berkemungkinan akan dilihat pada kaunter pengeluar sarung tangan susulan kes harian Covid-19 masih kekal catat peningkatan.

Di samping itu, Majlis Getah Malaysia (MRC) menyatakan pertumbuhan dua digit pada tahun 2021 dari segi permintaan kian meningkat untuk sarung tangan getah.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM8. Public Bank susut satu sen kepada RM3.95 dan TNB turun empat sen kepada RM9.69.

Manakala, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing jatuh enam sen kepada RM7.95 dan RM5.76.

Bagi saham aktif, Dagang NeXchange Bhd susut setengah sen kepada 81 sen, Globatec Formation turun 3.5 sen kepada 69.5 sen, manakala Serba Dinamik naik satu sen kepada 41 sen dan KNM Group naik setengah sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE jatuh 9.89 mata kepada 7,132.71, FBM 70 turun 48.77 mata kepada 14,573.35 dan Indeks FBMT 100 turun 43.86 mata kepada 10,709.27.

Indeks FBM Emas Shariah susut 50.05 mata kepada 12,069.5 dan Indeks FBM Emas merosot 41.39 mata pada 10,994.75.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 31.56 mata kepada 14,759.46, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 1.49 mata kepada 187.8 dan Indeks Perladangan menjunam 20.54 mata menjadi 6,127.06.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat