Ke Mana Hala Tuju AUD/USD Menjelang Penutup Minggu Ini?

298

Sungguh parah, matawang USD terus memberi ruang kepada matawang utama lain untuk kukuh pada dagangan minggu ini termasuk Australian dolar yang kekal relevan dalam mempamerkan penguasaan.

Dalam pada itu, penguasaan dolar Aussie juga berkebarangkalian terus disokong oleh terbitan data laporan pekerjaan Australia yang mencatat bacaan sangat positif daripada jangkaan yang diletakkan sebelum ini.

Akan tetapi kenyataan hawkish yang dinyatakan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell untuk membuat tapering lebih awal lagi dijangka akan berdaya dalam mempengaruhi pergerakan USD.

Meninjau pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD tampaknya kekal agresif dalam menyerlahkan peningkatan melebihi 150 pips daripada zon RBS (resistance become support) 0.71000.

Peningkatan itu turut sama sekali telah pun merobek rekod tertinggi pada minggu lalu sekitar 0.72210 dan dilihat seakan membuat HH (higher high) terbaharu dalam memberi isyarat bullish lebih jelas lagi.

Isyarat bullish juga kelihatan jikalau diperhatikan pada timeframe 1 jam yang mana pergerakan harga terus memberi indikasi dengan kekal didagangkan di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

Pelabur berkemungkinan bakal meletak sasaran awal yang seterusnya pada zon SBR (support become resistance) 0.73000 sekiranya harga mempunyai keupayaan untuk mencatat peningkatan lebih agresif.

Keadaan ini tentunya boleh dikatakan bahawa pergerakan harga dijangka akan menguji paras 0.73600 terlebih dahulu sebelum jangkaan bahawa harga barangkali mampu menuju ke zon rintangan 0.74000.

Sebaliknya andai kata harga kembali menerima tekanan daripada pengukuhan USD, zon paling hampir untuk dicecah adalah pada zon RBS 0.72000 setelah ia pernah menjadi tumpuan di hujung November.

Manakala tekanan yang lebih lagi sama sekali akan menekan pergerakan harga menguji semula ke zon RBS 0.71000 dan mungkin bakal diteliti oleh pelabur untuk menjangka sasaran harga yang berikutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat