Ke Mana Hala Tuju DOGE Setelah Sekian Lama Suram?

1,687

Nilaian harga Bitcoin dan Altcoins melantun pada sesi dagangan semalam setelah mendapat berita baik dari perkembangan isu Evergrande yang dikeluarkan dalam artikel semalam.

Dogecoin yang sekian lama bergerak suram dalam pasaran kini kembali dengan lonjakan yang positif menghasilkan 15% lonjakan mencapai paras tertinggi $0.23 mengakhiri sesi dagangan semalam.

Sentimen semasa baru-baru ini menyokong Dogecoin untuk kembali mencetuskan fenomena apabila pawagam terbesar dunia mahu menerima Dogecoin sebagai pembayaran urusan jual beli.

Ekoran itu, para pelabur masih ternanti-nanti untuk Dogecoin kembali ‘menyengat’ dalam pasaran seperti sebelum ini.

Berdasarkan pada carta DOGE/USDT, menilai sesi dagangan bulan September, DOGE menyaksikan pergerakan harga yang lemah susut hampir 40% sehingga kembali menguji paras sokongan tumpuan pada bulan Jun dan Julai.

Bagi sudut teknikal, pergerakan harga DOGE dilihat sedang berusaha untuk memperoleh kembali momentum kenaikan dan sedang menuju ke zon SBR (support become resistance) $0.25.

Jika DOGE kekal dengan momentum kenaikan, paras RBS $0.25 tersebut perlu diuji terlebih dahulu sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi.

Manakala, jika DOGE tidak dapat meneruskan momentum kenaikan, paras sokongan $0.21 bakal menjadi tumpuan untuk diuji sebelum membuat penurunan ke paras yang lebih rendah.

Paras tersebut juga bakal menjadi pemerhatian seterusnya oleh para pelabur sebelum susut lebih rendah.

Semasa penulisan, DOGE diperdagangkan $0.22 melonjak lebih 9% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto DOGE/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat