Patutlah Matawang Utama Melonjak! Ada Berita Baik Dari Evergrande

1,697

Sentimen berisiko kembali menunjukkan tanda-tanda mereda pada sesi Asia selepas unit utama Evergrande China, Hengda Real Estate Group mengumumkan bahawa ia akan membuat pembayaran kupon untuk ‘onshore bonds’ yang dijadualkan pada hari esok.

Selain itu, kenyataan terbaru daripada Penolong Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Guy Debelle juga menyokong sentimen, di mana beliau mengatakan bahawa bank pusat sedang menilai isu ini.

Beliau juga berpendapat bahawa pihak berkuasa China mungkin akan bertoleransi dengan Evergrande untuk menangani masalah hutangnya.

Ekoran daripada itu, matawang sensitif risiko terus menunjukkan lonjakan dengan dolar Aussie mendahului kenaikan dan diikuti oleh dolar kiwi dan loonie.

Ini juga menyebabkan permintaan terhadap safe-haven greenback kembali susut, selain para pelabur turut berwaspada menjelang pengumuman dasar mesyuarat polisi Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan susut pada 93.18.

Sementara itu, matawang euro dan pound juga meningkat, tetapi kenaikan yang dipamerkan terbatas dengan pergerakan harga masih berlegar di sekitar paras terendah satu bulan berbanding dolar greenback.

Tumpuan pelabur kini disasarkan kepada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Zon Eropah dan UK serta mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada hari Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat