Ke Mana Hala Tuju Pasaran Matawang Menjelang Hujung Minggu?

722

US dolar kekal didagangkan pada paras tinggi pada hari Jumaat dan berada pada landasan yang tepat untuk membuat kenaikan mingguan terbesar dalam tempoh lima bulan sejak inflasi terus melonjak. Lonjakan inflasi yang tinggi telah mendorong para pelabur untuk membuat jangkaan bahawa kenaikan kadar akan berlaku seawal pertengahan tahun 2022.

Hasil Perbendaharaan A.S. didagangkan meningkat ke paras tertinggi Februari 2020. Pelabur telah membuat jangkaan bahawa para penggubal dasar A.S akan dipaksa untuk menaikkan kadar faedah lebih awal daripada apa yang mereka sasarkan.

Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding matawang utama didagangkan mengukuh 0.1% kepada 95.27, paras tertinggi sejak Julai 2020. Dalam masa yang sama penganalisis meramalkan US dolar akan meningkat lebih banyak.

Pakar strategi Mizuho,menjangkakan dolar AS akan kekal kukuh pada separuh pertama 2022 dengan kadar faedah akan mula dinaikkan pada ketika itu. Pengukuhan US dolar yang semakin ketara telah mendorong para pedagang juga mengambil kesempatan itu bagi melindungi daripada pengukuhan US dolar selanjutnya.

Disisi lain Euro masih didagangkan susut sehingga keparas terendah 16 bulan pada $1.1436, dan sterling merosot kepada $1.3354, paras paling lemah tahun ini. Para pedagang juga mengambil sikap yang pesimis apabila Bank Pusat Eropah yang menunjukkan indikasi untuk tidak mengubah tetapan dasar dalam jangka masa terdekat.

Dolar Australia yang sensitif terhadap risiko merosot serendah $0.7277 buat kali pertama dalam tempoh lebih sebulan. Pasaran terus memberi tumpuan pada tindakan dan kenyataan bank pusat seterusnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat