Ke Mana Hala Tuju Seterusnya Bagi Theta (THETA)?

702

Theta merupakan platform kandungan video dan gaming pada kualiti terbaik tanpa buffering dengan penyediaan teknologi 4K, 8K dan virtual reality (VR). Ia juga membuka peluang untuk content creators menjana pendapatan sampingan dengan ganjaran token.

Beberapa rakan kongsi telah bekerjasama dengan Theta. Antaranya, KardiaChain, THETAtv, Google, Shout! Factory, LINE Tech Plus, Samsung VR, CJ Hello, Pandora TV, MovieBloc, playlabs, BTCUpload, Nervos dan banyak lagi.

Agensi Artis Kreatif (CAA) antara yang terbaru menyertai rangkaian blockchain Theta.

Antara sebab mereka menyertai Theta adalah untuk membantu pengesahan rangkaian penghantaran video berasaskan blockchain.

Sementara itu, jom lihat pergerakan harga THETA/USDT.

Pada carta pergerakan harga THETA/USDT, dapat dilihat bahawa pada paras $8.80, merupakan tembok yang sukar untuk ditembusi sebelum membuat kenaikan lebih tinggi.

Sekiranya pergerakan harga THETA berjaya menembusi paras harga $8.80, sasaran seterusnya adalah zon SBR (support become resistance) sekitar harga $9.30 – $9.90 untuk diuji.

Untuk kenaikan lebih tinggi, harga bakal menuju ke paras resistance $12.5 dan berkemungkinan akan mencapai paras harga sekitar $14.5 seperti jangkaan penganalisa kripto.

Namun, jika harga terus membuat penurunan ke paras harga yang lebih rendah, zon RBS (resistance become support) sekitar harga $6 bakal diuji dan bakal menjadi tumpuan pelabur untuk jangkaan membuat retracement atau terus mengekalkan trend bearish.

Lihat gambar carta matawang kripto THETA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat