Ke Mana Hala Tuju USD Menjelang Data Perkhidmatan AS?

333

US dolar mengurangkan sedikit keuntungan yang diraih sebelum ini ketika pelabur terus menantikan perkembangan mengenai ketegangan Amerika Syarikat dan China selain turut memberi tumpuan pada data yang bakal diterbitkan pada sesi New York.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diperdagangkan sedikit menyusut pada 106.10.

Raja mata wang itu sebelum ini mendapat manfaat daripada kebimbangan terhadap isu Taiwan yang meningkat susulan lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke negara itu telah membangkitkan kemarahan China.

Bimbang sekiranya isu ketidakfahaman antara dua ekonomi gergasi dunia itu semakin buruk, pelabur terus beralih kepada safe-haven sebagai perlindungan.

Di samping itu, dolar greenback juga mendapat sokongan daripada beberapa kenyataan pembuat dasar Federal Reserve (Fed) yang dilihat masih melihat keperluan untuk meningkatkan kadar faedah untuk membendung inflais yang melambung tinggi.

Pelabur kini menantikan penerbitan data PMI perkhidmatan tinjauan ISM AS yang dijangka menunjukkan sedikit penurunan pada Julai.

Meneliti perkembangan mata wang Eropah, euro didagangkan sedikit meningkat susulan penyusutan US dolar sementara pound pula mendatar di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat