Ke Mana Sasaran Baharu Setelah GBP/USD Kembali Melonjak?

433

Penerbitan data pekerjaan UK yang memberangsangkan pada sesi Eropah semalam serba sedikit mengubati kedukaan yang dialami matawang Pound untuk kukuh setelah kerap kali dihantui sentimen pasaran yang suram.

Sebelum menantikan keputusan mesyuarat bank pusat England pada Khamis, tumpuan akan terarah dahulu kepada terbitan lapoaran data inflasi tahunan UK pada sesi Eropah sebentar lagi.

Bagaimanapun pengukuhan itu terbantut di kala indeks data harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) juga mencatat bacaan positif untuk lebih memacu matawang USD dalam merekod peningkatan.

Fokus utama pelabur mungkin akan lebih terarah kepada terbitan laporan data jualan runcit yang bakal diterbitkan pada sesi New York malam ini sebelum menantikan mesyuarat FOMC.

Pergerakan harga pada carta GBP/USD tampaknya hanya pantul (rebounce) pada trendline resistance sebelum kembali melonjak pada sesi Eropah semalam (Selasa) untuk mencetuskan lonjakan melebihi 60 pips.

Namun lonjakan tersebut sama sekali tidak dapat bertahan lama selepas harga kembali ditekan untuk membuat junaman sehingga ke penghujung sesi untuk mencecah semula zon sokongan pada 1.32000.

Turut dapat diperhatikan bahawa zon sokongan 1.32000 terus menyokong lonjakan harga serta masih gagal untuk dilepasi dan harga dilihat kekal bergerak di zon itu pada sesi dagangan Asia hari ini (Rabu).

Momentum berkenaan juga sekali gus telah pun merumitkan jangkaan pelabur menjelang mesyuarat FOMC dan BOE bagi menantikan dasar polisi lebih jelas yang ingin dilaksanakannya.

Sekiranya USD terus mendapat momentum pengukuhan, maka pelabur mungkin akan melihat harga kembali menguji paras terendah 2021 sekitar 1.31600 dan dijangka bakal mampu cecah zon 1.31000.

Dengan nada yang berbeza secara tidak logiknya pergerakan harga berkebarangkalian bakal kembali mencapai ke paras tertinggi sekitar 1.32660 sebelum keupayaan untuk terus melonjak akan terhasil.

Keupayaan untuk terus melonjak akan menyaksikan gambaran lebih ketara untuk harga meneruskan trend bullish berkemungkinan bakal memacu harga ke zon SBR (support become resistance) 1.33000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat