Ke Tepi Rusia, Pasaran Minyak Lebih Bimbangkan Perkara Ini!

163

Keuntungan yang diraih susulan pengumuman Rusia malangnya gagal dipertahankan oleh dagangan minyak mentah yang kembali merosot rendah selepas keputusan Federal Reserve (Fed).

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sedikit berubah pada $90 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan berlegar pada $83 setong.

Kedua-dua penanda aras telah melonjak hampir 3% sebaik sahaja presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan untuk mengerahkan pasukan simpanannya ke Ukraine.

Hal ini telah mendorong kebimbangan baharu terhadap bekalan minyak yang mungkin akan terus terjejas disebabkan ketegangan yang semakin meningkat ini.

Namun, keuntungan yang dicatatkan tersebut kembali terhapus selepas Fed meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas dan memberi isyarat untuk meneruskan pengetatan.

Harga minyak menyusut apabila dagangan US dolar melonjak ke paras ketinggian terbaharu 20 tahun.

Susulan daripada keputusan Fed juga, prospek untuk pertumbuhan ekonomi semakin suram dan ini dikhuatiri akan terus menjejaskan permintaan di Amerika Syarikat dan global secara menyeluruh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat