Kebangkitan Pasaran Kritpo – CBOE Ingin Lancarkan Niaga-Hadapan Bitcoin!

533

Platform derivatif Amerika Syarikat (A.S), Chicago Board Options Exchange (CBOE) kini sedang mempertimbangkan untuk menyenaraikan semula niaga hadapan Bitcoin setelah hampir 2 tahun platform tersebut mengugurkan instrumen pelaburan matawang kripto. Hasrat tersebut didedahkan sendiri oleh CEO CBOE, Ed Tilly dalam wawancara bersama Bloomberg.

Menurut beliau, CBOE masih berminat untuk menyenaraikan semula Bitcoin sebagai salah satu instrumen kerana terdapat banyak permintaan dari pelabur runcit sehinggalah pelabur institusi.

CBOE merupakan antara pertukaran derivatif AS pertama yang menyenaraikan Bitcoin niaga hadapan pada bulan Disember 2017. Berdasarkan data sejarah, susulan langkah tersebut harga Bitcoin telah menyentuh paras tertinggi iaitu $20,000 pada bulan Disember 2017.

Walaubagaimanapun, CBOE terpaksa menggugurkan instrumen kripto kerana kurangnya permintaan dalam pasaran. Komen Tally ini muncul ketika permintaan institusi untuk Bitcoin melambung tinggi, dan platorm pertukaran dapat memperoleh banyak keuntungan dengan menyenaraikan semula niaga hadapan Bitcoin.

Penganalisis percaya jika langkah ini dapat direalisasikan, maka dapat dijangka trend postif dalam matawang kripto. Bukan ini sahaja ia akan menarik lebih ramai orang untuk terjun ke dalam kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat