Kebangkitan USD Benam Mata Wang Utama Menjelang NFP AS!

467
  • ECB dan BOE beri petunjuk kurang memberangsangkan
  • Tuntutan pengangguran AS positif
  • Data pekerjaan NFP AS kini jadi tumpuan

US dolar kembali bangkit untuk memulihkan sebahagian besar daripada kerugian yang dicatatkan susulan keputusan Federal Reserve (Fed) dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama meningkat lebih tinggi dari paras terendah 9 bulannnya untuk diniagakan pada 101.85 ketika sesi Asia.

Kebangkitan ini mungkin turut dipengaruhi oleh data tuntutan pengangguran AS yang menunjukkan pengurangan pada minggu lalu, secara tidak langsung memberi isyarat lebih baik buat data NFP.

Ekonomi AS dijangka akan menambah sebanyak 193,000 pekerjaan pada bulan Januari, turun dari 223,000 pekerjaan yang dicatatkan sebelumnya, manakala kadar pengangguran pula meningkat pada 3.6%.

Sementara itu, mata wang pound tergelincir lebih rendah selepas Bank of England (BOE) menepati jangkaan pasaran untuk meningkatkan kadar sebanyak 50 mata asas kepada 4.00%.

Dalam kenyataan susulan Gabenor Andrew Bailey, beliau tidak lagi menyebut perkataan “secara paksa” dalam panduannya, sebaliknya menyatakan bahawa “jika terdapat bukti tekanan yang lebih berterusan, maka pengetatan lanjut dasar akan diperlukan”.

Ini secara tidak langsung membuatkan pelabur mentafsirkannya sebagai tanda-tanda bahawa BOE mungkin akan menghentikan (pause) pengetatannya.

Selain itu, mata wang euro turut merosot susulan keputusan Bank Pusat Eropah (BOE) yang melaksanakan kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas kepada 3.00%.

Presiden Christine Lagarde memberi petunjuk bahawa bank pusat mungkin meningkatkan kadar faedah 50 mata asas lagi pada bulan Mac, tetapi beliau berkata keputusan selanjutnya akan bergantung kepada data yang masuk.

Walaupun dilihat hawkish, namun dagangan euro gagal memanfaatkannya dengan menghapuskan keuntungan yang diraih susulan keputusan Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat