Kebenaran Terbongkar! Semua Dana CEO FTX Rupanya Dilabur Dalam Syarikat Elon Musk!

419

Isu-isu berkaitan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Sam Bankman-Fried ataupun syarikatnya yang mengalami kejatuhan masih diperbualkan oleh ramai orang sungguhpun masalahnya masih berlarutan sehinggi kini.

Selain daripada isu yang diperkatakan terdahulu, maklumat ini pasti memberi kejutan kepada seluruh pihak apabila syarikat perdagangan kripto, Alameda Research yang juga diasas oleh Bankman-Fried telah melabur berbilion dolar dalam syarikat Elon Musk, SpaceX dan Boring Company.

Sebelum ini, beliau enggan menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan mengenai sebab keseluruhan dananya lesap, tetapi kini semua persoalan tersebut terlerai apabila terdapatnya maklumat berikut.

Melalui data yang dikemukakan, sepuluh syarikat telah memegang kutipan sekitar 500 pelabur illiquid, dimana nilai keseluruhannya adalah melebihi $5.4 bilion.

Buktinya, pelaburan terbesar Alameda Research adalah dalam syarikat kripto mining Genesis, penyelidikan artificial intelligence (AI) Anthoropic, Sequoia Capital, SkyBridge Capital Anthony Scaramucci dan tidak dilupakan juga SpaceX serta Boring Company.

Diperjelaskan Alameda Research, $300 juta akan dilaburkan di dalam syarikat tersebut berikut melalui “K5 investments”*.

*Melabur dalam syarikat teknologi peringkat awal dengan idea yang berkesan untuk menyelesaikan cabaran yang kompleks

Sementara majoriti modal syarikat tersebut yang tidak dibelanjakan telah disalur ke dalam syarikat berdasarkan kripto seperti TrueFi, Magic Eden, Burnt Finance, Parallel Finance, Solfarm, Sundaeswap, Sahicoin dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, Alameda Research turut melabur dalam syarikat yang tiada kaitan dengan kripto, misalnya studio permainan video, platform pertaruhan, bank dalam talian, syarikat penerbitan, syarikat pembuatan dron tentera dan juga perniagaan pakar dalam pertanian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat