Kebimbangan No-Deal Brexit, GBP/USD Terus Menjunam!

396

Pound Sterling terus didagangkan berisiko pada sesi pasaran Eropah hari ini berikutan perkembangan negatif Brexit dengan kebarangkalian untuk situasi no-deal Brexit semakin tinggi.

Tempoh pengunduran Britain semakin hampir dan Kesatuan Eropah (EU) tidak bersetuju pelan cadangan Brexit yang dibentangkan oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson. Pelabur melihat Britain bakal meninggalkan EU tanpa perjanjian.

Dengan kebimbangan tersebut, Sterling dijangka akan terus bergerak lemah pada dagangan minggu ini.

Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga meneruskan penurunan pada awal sesi Eropah selepas mendatar sepanjang sesi dagangan Asia pagi tadi.

Dagangan dolar USD tidak begitu memberi tekanan berikutan sentimen terbaru rundingan dagang AS-China dilihat kembali menimbulkan kegelisahan para pelabur.

Kementerian Perdagangan China berkemungkinan mengambil tindakan balas selepas Amerika menyenarai hitam 28 syarikat China atas alasan layanan terhadap masyarakat Uighur Muslim.

Harga pada GBP/USD membuat penurunan melepasi paras 1.22800 dilihat menuju ke paras support pada 1.22100 untuk menguji paras tumpuan tersebut.

Berkemungkinan kebimbangan terhadap isu Brexit yang berterusan bakal menyebabkan harga turun lebih rendah sehingga mencatatkan paras terendah yang terbaru pada carta harga GBP/USD.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, dijangka paras resistance pada 1.23400 bakal diuji semula sebelum kenaikan lebih tinggi berpotensi mencapai ke paras 1.24100.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat