Kebimbangan Pasaran Terhadap Ekonomi UK Mula Berkurangan, Ini Sebabnya!

378

Ekonomi Britain menguncup kurang daripada yang dikhuatiri pada bulan Jun, apabila cuti umum dijangka memberi hambatan besar dengan sektor yang paling terdedah kepada krisis kos sara hidup yang semakin teruk, seperti runcit dan restoran.

Pengeluaran bagi suku kedua secara keseluruhannya masih menguncup, walau bagaimanapun, dengan Britain dijangka mengalami kemerosotan yang panjang pada akhir tahun ini dengan berhadapan kadar inflasi yang melonjak dan kadar faedah yang meningkat.

Jabatan Perangkaan Kebangsaan berkata keluaran dalam negara kasar (KDNK) jatuh sebanyak 0.6% pada Jun, penguncupan terbesar sejak Januari 2021 tetapi kurang teruk daripada penurunan 1.3% yang diramalkan oleh tinjauan pakar ekonomi Reuters.

Bulan Jun mempunyai dua cuti bank untuk meraikan Jubli Platinum Ratu Elizabeth tetapi sebahagian besar hambatan pada KDNK pada bulan Jun datang daripada kekangan faktor Covid-19.

Penganalisis percaya KDNK berkemungkinan akan pulih pada Julai. Data pada hari Jumaat menunjukkan kelemahan yang semakin meningkat dalam kalangan sektor ekonomi berikutan bacaan inflasi yang mencecah paras tertinggi 40 tahun susulan perang di Ukraine.

Ekonomi dianggarkan 0.9% di atas paras wabak pra-covidpada Februari 2020 namun output perkhidmatan yang dihadapi pengguna adalah 4.9%. Menteri Kewangan Nadhim Zahawi berkata angka itu menunjukkan “ketahanan sebenar” dalam sektor swasta, tetapi ramai pakar ekonomi menjangkakan penurunan ke arah kemelesetan.

Pada minggu lalu Bank of England meramalkan Britain akan memasuki kemelesetan pada penghujung 2022. Bagi suku kedua secara keseluruhan, ONS berkata ekonomi menguncup sebanyak 0.1%, berbanding dengan ramalan penurunan 0.3%.

Britain telah ketinggalan di belakang Amerika Syarikat, Itali dan Perancis dalam pemulihan daripada pandemik Covid-19, membandingkan keluaran ekonomi suku kedua berbanding akhir 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat