Kedudukan Jack Ma Sebagai Individu Terkaya China Kini Dirampas Pony Ma!

18,605

Baru-baru ini, terdapat 2 buah syarikat yang melonjak naik di China iaitu Tencent Holdings Ltd dan Pinduoduo Inc. Untuk pengetahuan semua, Pinduoduo merupakan syarikat aplikasi membeli-belah seperti Groupon yang juga dikenali sebagai PDD, telah merekodkan peningkatan sebanyak 2 kali ganda tahun ini manakala Tencent Holdings Ltd didakwa telah mencatatkan peningkatan sebanyak $40 bilion dolar pada minggu ini.

Selain itu, Alibaba Group Holding Ltd dikhabarkan berjaya memegang gelaran sebagai syarikat paling terkemuka di Asia dan merekodkan peningkatan harga saham lebih $64.50 dolar pada hari ini buat pertama kali!

Sehubungan dengan itu, senarai individu terkaya di China telah mengalami perubahan. Lebih mengejutkan apabila Pony Ma, yang merupakan pengasas Tencent telah berjaya mengatasi kedudukan Jack Ma sebagai individu paling kaya di China. Hasil kekayaan Pony Ma adalah sebanyak $50 bilion dolar manakala Jack Ma memiliki kekayaan sebanyak $48 bilion dolar. Di samping itu, Colin Huang dari syarikat PDD merekodkan hasil pendapatan sebanyak $43 bilion dolar sekaligus berjaya mengatasi kekayaan jutawan hartanah, Hui Ka Yan dari China Evergrande Group.

Penularan wabak COVID-19 dikatakan menjadi salah satu faktor kepada perubahan kepada sektor perniagaan dan tabiat pengguna hingga melonjakkan saham kebanyakan syarikat teknologi. Oleh yang demikian, hartawan teknologi telah mendominasi barisan orang terkaya di China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat