Kedudukan Powell Terancam Selepas Kemenangan Joe Biden?

334

Dasar monetari A.S dijangka tidak akan menjadi tumpuan utama bagi Presiden Joe Biden menjelang peralihan tampuk kekuasaan pada bulan Januari. Setelah krisis Covid-19 menghentam ekonomi A.S, Rizab Persekutuan (The Fed) telah mengunakan senjata utama melalui dasar monetari dan fiskal untuk merangsang kembali ekonomi.

Terdapat beberapa persoalan mengenai tahun pertama Biden sebagai Presiden dimana beliau harus memutuskan mengenai halatuju bank pusat dan adakah Biden ingin meneruskan objektif  The Fed yang ditetapkan oleh Jerome Powell yang ingin menumpukan pada pertumbuhan perkerjaan?

Atas dasar tersebut terdapat jangkaan bahawa Biden berkemungkinan cenderung untuk lebih memilih melaksanakan langkah yang lebih progresif melalui the Fed dengan mengutamakan menangani isu-isu seperti kesenjangan dalam ekonomi.

Dalam masa yang sama, akan terdapat penentangan terhadap Powell dalam kalangan mereka yang menginginkan pengaturan kewangan yang lebih ketat. Ditambah pula Senator Demokrat A.S., Elizabeth Warren, merupakan penentang kuat pencalonan Powell pada 2018. Ada pihak yang menjangkakan Gabenor the Fed, Lael Brainar akan menggantikan Powell atau menjadi setiausaha Perbendaharaan A.S yang seterusnya.

Pada keputusan pilihan presiden, the Fed telah menyatakan pendirian bahawa tidak akan ada perubahan drastik dalam masa terdekat ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat