Kedudukan Terkini Matawang Dalam Sesi Dagangan New York, US Dolar Mengukuh!

878

US dolar mennjukkan pengukuhan dalam pasaran New York berbanding matawang lain dan berkemungkinan akan terus melonjak jika dibandingkan dengan matawang Euro dan Sterling.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan tinggi pada paras 97.32, naik 0.4% setakat jam 9.40 p.m. US dolar juga menunjukkan pengukuhan berbanding matawang yen iaitu dengan mengukuh sebanyak 0.31%.

Isu yang masih menjadi tumpuan terhadap matawang US dolar ialah kadar faedah. The Fed dijangka akan mengurangkan kadar faedah sebanyak 0.25% dan berkemungkinan 0.50% pada akhir Julai. Dalam masa yang sama, Presiden Trump juga menggesa The Fed untuk mengurangkan kadar faedah agar matawang US dolar susut, seterusnya menjadikan ia lebih kompetitif di pasaran global.

Selain itu pengukuhan US dolar juga didorong oleh laporan bahwa beberapa menteri AS akan ke Beijing bagi merundingkan hala tuju perdagangan AS-China.

Matawang Euro didagangkan rendah pada 1.1165, jatuh 0.38%. ECB dijangka akan memberi tanda-tanda potongan kadar pada bulan September dalam mesyuarat minggu ini.

Matawang Sterling didagangkan lemah pada 1.2437 berbanding US dolar, jatuh 0.30%. Pada hari ini, Boris Johnson yang memiliki suara terbesar dalam pergerakan Brexit telah memenangi pemilihan tersebut dan akan menjadi Perdana Menteri UK yang seterusnya.

Johson yang telah dipilih sebagai pemimpin parti mendapat 92,153 undian daripada ahli parti Konservatif. Manakala Jeremy Hunt mendapat 46,656 undian.

Pasaran berspekulasi bahawa Johson akan meneruskan Brexit pada 31 Oktober nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat