Kejap On, Kejap Off! Bursa Bercampur Menjelang Hujung Minggu

148

Kekurangan pemangkin pembelian pada saham tempatan membuatkan Bursa Malaysia bercampur pada awal sesi.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 0.49 mata pada 1,467.37 sebelum naik 1.43 mata pada 1,468.31 berbanding penutupan Rabu pada 1,466.88.

Di pasaran meluas, kerugian pada 229 atasi keuntungan pada 208, manakala 269 kaunter pula tidak berubah, 1,549 tidak didagangkan dan 11 digantung.

Jumlah perolehan pada 454.02 juta unit bernilai RM146.66 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pemain pasaran tempatan dijangka memberi fokus kepada penjadualan semula Bajet 2023 sebagai fakor kepada kelemahan selera membeli.

Sungguhpun begitu saham perbankan dan saham berbentuk defensif diramal menjadi pilihan dalam tempoh pemantauan ini sementara saham pelancongan dijangka raih perhatian ekoran pelonggaran dasar sifar Covid-19.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM4.43, Tenaga Nasional Bhd (TNB) lonjak 10 sen pada RM9.17 dan Hong Leong Bank Bhd canak 14 sen pada RM20.48 sementara Maybank mendatar pada RM8.65, Petronas Chemicals Group Bhd turun 10 sen pada RM8.45 dan CIMB Group Bhd kurang 2 sen pada RM5.64.

Saham aktif memperlihatkan Sarawak Consolidated Industries Bhd naik 1 sen pada 18.5 sen, Comintel Corp Bhd lonjak 19 sen pada 88 sen dan Borneo Oil Bhd canak 0.5 sen pada 2.5 sen sementara KNM Group Bhd kekal pada 5 sen dan AHB Holdings Bhd turun 2.5 sen pada 16 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas tambah 3.71 mata pada 10,547.37, indeks FBMT 100 canak 8.32 mata pada 10,253.84, indeks FBM Emas Shariah lonjak 11.34 mata pada 10,698.4, FBM 70 raih 3.62 mata pada 12,904.94 dan FBM ACE naik 11.52 mata pada 5,510.23.

Segi sektor, indeks Perladangan naik 2.22 mata pada 6,728.53, indeks Perkhidmatan Kewangan  jatuh 7.01 mata pada 16,476.55, indeks Produk serta Perkhidmatan susut 0.85 mata pada 180.52 dan indeks Tenaga turun 5.75 mata pada 782.64.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat