Kejatuhan Emas Bersifat Sementara, Tunggu Masa Inflasi AS ‘Dijinakkan’

911

Kejatuhan jauh emas pada minggu lepas selepas mencecah paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada Isnin sebanyak 3% telah mengheretnya ke kawasan $2,335 semula.

Penurunannya itu didorong oleh hasil Perbendaharaan AS jangka pendek dan PMI AS yang lebih baik daripada jangkaan pasaran. Aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan meningkat dengan lebih kukuh pada bulan Mei.

Hal ini akan memberi ruang untuk kadar faedah yang tinggi bertahan lebih lama.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,338.73 iaitu naik sebanyak 0.21% sejak ia dibuka pada sesi dagangan Asia pagi tadi.

Tekanan inflasi yang masih degil daripada jangkaan awal dan prospek pelonggaran bank berkurangan disebabkan oleh daya tahan ekonomi yang masih kukuh. Senario ini memberi kelebihan buat mata wang USD dan menghalang logam kuning untuk buat rekod baru pada hujung bulan ini.

Walaupun prospek harga emas dilihat sedikit neutral dengan penurunan, pasaran perlu menilai semula pandangan tersebut pada hujung minggu ini apabila data Harga Perbelanjaan Pengguna (PCE) bakal memberi arah tuju baharu untuk ukuran inflasi terkini.

Anggaran konsensus menunjukkan bahawa PCE asas meningkat 0.3% pada bulan April menjadikan bacaan tahunannya masih rendah kepada 2.7% berbanding 2.8% sebelumnya.

Pasaran komoditi logam itu kini berharap ke atas data PCE untuk menyejuk dan mendorong ekonomi AS alami trend disinflasi semula seperti hujung 2023. Jangkaan ini akan terus membantu Federal Reserve (Fed) meneruskan misi penurunan kadar faedah pada tahun ini.

Dari sudut teknikal, harga emas kekal tinggi jika ingin dibandingkan dengan paras beberapa bulan lepas. Namun, kejatuhannya pada minggu lepas mendorong pasaran untuk menyasarkan paras rintangan pada zon $2,375. Penembusan siling teknikal tersebut bakal melancarkan serangan ke posisi tinggi $2,420 seterusnya.

Andai kata ia meneruskan alur kejatuhannya, pasaran meletakkan paras sokongan singkat pada $2,310 dan lanjutan seterusnya sekitar $2,300 hingga $2,280.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat