Kejatuhan Emas Makin Parah!

2,463

Harga emas terus merosot lebih rendah selepas ditekan oleh peningkatan dalam hasil bon AS dan dagangan US dolar yang kuat menjelang penerbitan data pekerjaan NFP pada malam ini.

Pada sesi Asia, logam berharga itu diniagakan rendah di sekitar harga $1,800 per auns, manakala niaga hadapan emas pula susut pada $1,803 per auns.

Hasil bon AS 10 tahun terus mencatatkan peningkatan ke tahap 1.23%, didorong oleh prospek lebih baik pada ekonomi AS susulan kenyataan hawkish pembuat dasar Federal Reserve (Fed) pada Rabu.

Naib Pengerusi Fed, Richard Clarida mengatakan kemajuan lebih besar akan dicapai dalam sasaran pekerjaan dan inflasi yang akan membuka jalan kepada bank pusat untuk mengetatkan dasar monetari mereka.

Selain itu, penurunan dalam data tuntutan pengangguran AS juga memberi sokongan buat hasil bon dan USD, dengan menurun sebanyak 385,000 pada minggu lepas. Ini menjadikan purata jumlah tuntutan pengangguran menurun kepada 394,000 pada Julai.

Kenaikan hasil bon dan permintaan untuk US dolar menunjukkan bahawa pelabur menjangkakan pembacaan yang lebih kuat daripada NFP, yang dijangka akan menambah sebanyak 870,000 pekerjaan pada bulan Julai.

Ini menyebabkan pelabur emas lebih berhati-hati dalam meletakkan posisi terhadap dagangan emas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat