Kejatuhan Jualan Runcit Australia Petanda Kurang Baik Untuk RBA?

456

Jualan runcit Australia jatuh lebih rendah pada bulan Julai ketika banyak kedai dan perkhidmatan ditutup susulan langkah sekatan yang dilaksanakan di bandar-bandar besar di tengah penularan varian delta yang semakin meningkat.

Terbaru, Biro Statistik Australia (ABS) melaporkan penjualan runcit menguncup sebanyak 2.7% pada bulan lalu daripada penurunan 1.8% yang dicatatkan pada bulan Jun. Ini adalah penurunan terbesar tahun ini dan bahkan lebih buruk daripada ramalan pasaran untuk kejatuhan 2.3%.

Sektor runcit bernilai AS $ 360 bilion menyumbang sekitar 18% daripada keluaran dalam negara kasar dan kelemahan selanjutnya dijangka bulan ini kerana penutupan melanda Melbourne dan Canberra.

Sementara itu, penjualan di negeri New South Wales (NSW) menjunam hampir 9% pada bulan Julai, dan penurunan yang serupa kemungkinan berlaku untuk Victoria pada bulan Ogos.

Ekoran daripada bacaab mengecewakan ini, penganalisis kembali meramalkan bahawa Reserve Bank of Australia (RBA) akan menarik semula rancangan untuk melakukan pengurangan pembelian bon pada mesyuarat polisi September nanti.

Terdahulu, RBA mengekalkan rancangannya untuk mengurangkan kadar pembelian bon mulai awal September. Namun, dengan angka kes harian telah mencecah lebih 1000 buat pertama kali sejak pandemik melanda negara itu, para pembuat dasar mungkin akan mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

Susulan penerbitan data tersebut, dolar Aussie didagangkan sedikit berubah di sekitar harga 0.72360 berbanding US dolar pada sesi Asia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat