Kejutan BNM, OPR Naik Kepada 3.00%!

2,013

Meleset daripada jangkaan, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengejut dengan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00%.

Ini sekali gus mengangkat kadar siling pada 3.25% dan kadar lantai pada 2.75%.

Teliti rincian kenyataan susulan daripada BNM susulan keputusan tersebut.

  • Ekonomi global terus dibelenggu tekanan kos yang tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi.
  • Inflasi teras global kekal di atas purata sejarah, walaupun inflasi utama terus menyederhana daripada paras tertinggi.
  • Bagi kebanyakan bank pusat, pendirian dasar monetari berkemungkinan kekal ketat.
  • Prospek selanjutnya bergantung pada risiko penurunan terutamanya daripada geopolitik, inflasi dan tekanan selanjutnya dalam sektor perbankan.
  • Bagi ekonomi Malaysia, perkembangan akan tertumpu pada pertumbuhan selanjutnya dalam aktiviti ekonomi pada suku pertama 2023..
  • Pertumbuhan akan dipacu oleh permintaan dalam negeri, walaupun eksport dijangka sederhana..
  • Perbelanjaan isi rumah kekal berdaya tahan, disokong pasaran buruh yang lebih baik.
  • Risiko peningkatan akan disokong oleh pelaksanaan projek daripada Bajet 2023 yang baru.
  • Risiko penurunan akan dipengaruhi pertumbuhan dan keadaan pasaran kewangan global.
  • Inflasi utama dan teras negara dijangka sederhana sepanjang tahun 2023, tapi mungkin terus meningkat ekoran faktor permintaan yang kukuh.

Ekoran daripada prospek pertumbuhan dalam negeri yang kekal berdaya tahan, BNM menilai adalah wajar untuk menormalkan lagi tahap dasar monetari semasa dengan menaikkan kadar faedah 25 mata asas.

Pada tahap semasa, pendirian dasar monetari adalah sedikit akomodatif dan kekal menyokong ekonomi.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan terus memastikan bahawa pendirian bank pusat kekal konsisten dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat