Dolar Australia memberi reaksi kepada beberapa data yang diterbitkan pada dagangan awal minggu ini dan dapat diperhatikan pada carta harga.
Pada Selasa semalam, terdapat lonjakan seketika pada nilai dolar Australia susulan terkesan oleh tindakan People’s Bank of China (PBOC) yang menambatkan Yuan di paras yang lebih tinggi berbanding jangkaan.
Namun, berbeza pula cerita pada sesi Asia pagi ini (Rabu) apabila tumpuan terarah kepada terbitan data indeks harga pengguna (CPI) Australia untuk bulan Mei.
Bacaan inflasi tahunan Australia catat angka yang lebih rendah di paras 5.6% berbanding bulan sebelumnya pada 6.8%, ketika ramalan adalah untuk turun ke paras 6.1%.
Ini merupakan inflasi terendah Australia sejak April 2022 dan penurunan ini dilihat menyukarkan bank pusat untuk meneruskan langkah pengetatan dasar monetari selanjutnya.
Jika diteliti pada carta pasangan mata wang AUD/USD, telah berlaku penurunan ke paras terendah terbaru 3 minggu.
Pada Selasa semalam, harga melonjak ke paras 0.67200 mencetus jangkaan perubahan arah ketika harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Namun, harga kembali berundur semula sehingga ke sesi New York semalam sebelum penurunan ketara dipamerkan pada sesi Asia pagi ini ekoran reaksi pada data CPI yang diterbitkan.
Kembali bergerak di bawah paras MA50 semula melihatkan harga kembali menyambung pergerakan trend bearish seperti minggu lalu.
Harga telah turun mencecah sekitar 0.66200 sebelum pergerakan harga mula perlahan menuju pembukaan pasaran sesi Eropah.
Penurunan lebih rendah dijangka akan diteruskan dengan sasaran menuju zon RBS (resistance become support) 0.65400.
Jika dilanjutkan lagi penurunan, harga bakal menuju zon support pada Mei lalu sekitar 0.64600.
Sekiranya berlaku lonjakan harga semula, paras 0.67000 dilihat sebagai zon penting yang bakal diuji sebelum isyarat perubahan trend dinilai dengan paras MA50 yang akan diuji.
Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan mengatasi paras dicapai semalam boleh menuju sehingga ke zon tumpuan 0.67600.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG