Kejutan Di Awal Sesi Asia, GBP/USD Terjun Hingga 500 Pips!

281

Mengiringi kesuraman pemergian Ratu Elizabeth II, Pound terus dirudum malang pada pembukaan pasaran awal minggu ini menyaksikan mata wang Britain itu susut sehingga ke paras terendah terbaru sepanjang masa (all-time-low) di sesi Asia pagi ini.

Di samping pengukuhan US dolar yang berjaya mengekalkan momentum prestasi cemerlangnya minggu lalu, penurunan nilai Pound adalah terkesan oleh pengumuman pemotongan cukai oleh kerajaan UK dalam usaha untuk mengimbangi risiko kemeseletan ekonomi.

Risiko kemelesetan terus meningkat susulan langkah agresif bank pusat England (BOE) dalam penetapan dasar dengan pengumuman kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas minggu lalu.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah parah menjunam pada Jumaat lalu dengan penurunan harian lebih 400 pips dicatatkan setelah melepasi paras sokongan 1.12000.

Penurunan harga juga telah melepasi paras 1.11000 sehingga menutup dagangan di penghujung sesi terakhir tersebut sekitar 1.08500.

Tidak menunggu lama, harga terus menyambung terjunan lebih ketara dengan 500 pips penurunan dipamerkan pada sesi Asia pagi ini sehingga melepasi paras terendah yang dicecah pada 1985 lalu iaitu 1.05000.

Harga dilihat telah mencecah bawah paras 1.04000 untuk merekodkan paras terendah harga sepanjang masa!

Ada lantunan harga selepas terjunan tersebut, namun penurunan lanjut harga bakal dijangkakan berlaku pada sesi-sesi berikutnya.

Jika penurunan diteruska melepasi 1.04000, paras terendah terbaru akan terus dicatatkan lagi minggu ini.

Kenaikan harga berkemungkinan sukar untuk berlaku dengan kecenderungan harga ke arah yang lebih rendah.

Namun jika berlaku, paras 1.08500 yang menjadi tumpuan pada pembukaan sesi Asia sebentar tadi akan menjadi sasaran kenaikan harga semula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat