Kekayaan Pengasas Susut, Saham Top Glove Menjunam Ke Paras Terendah Sejak 2016!

437

‘Mana ada orang guna sarung tangan getah lagi dah sekarang ni, stoking getah ada lah.’

Ekoran daripada faktor lebihan bekalan dan kejatuhan mendadak pada harga jualan purata (ASP) dalam industri sarung tangan getah, saham Top Glove susut ke paras terendah 6 tahun.

Pada hari semalam, saham Top Glove susut pada 59 sen iaitu paras terendahnya sejak September 2016 dan catatan tahun sehingga kini (year-to-date) telah merosot 77% daripada RM2.74 semasa 31 Disember 2021 lalu.

Perkara ini bukan sahaja membuatkan Top Glove hilang RM16 bilion permodalan pasaran dalam tempoh 9 bulan, malah menyebabkan penurunan 27.72% nilai yang dipegang pengasas Tan Sri Lim Wee Chai pada RM4.44 bilion.

Sebagai rekod, Top Glove pernah mencapai kemuncak tertinggi pada RM7.58 semasa 2 tahun lalu dan menjadi kaunter dagangan ke-2 paling aktif Bursa ketika pandemik Covid-19.

Atas faktor tersebut penganalisis RHB Research menyuarakan kebimbangan mengenai penurunan ASP dan penggunaan kapasiti suboptimum Top Glove boleh terus memberi kesan kepada margin pengeluaran.

Jelasnya dalam masa terdekat ini pemain dalam industri sarung tangan tempatan mungkin perlu tangguhkan pengeluaran produk baru mereka memandangkan permintaan akan terus menurun.

Turut digariskan adalah inventori sarung tangan yang dilihat masih tinggi 30 % ke 50% daripada tahap pra-pandemik yang dijangka mengambil masa sekurang-kurannya setahun sebelum mereda.

Selain itu, penganalisis Kenanga Research turut menjangkakan Top Glove mengalami fasa bearish dan meramalkan syarikat perlukan lebih 2 tahun untuk mengimbangi inventori ke tahap pra-pandemik.

Setakat penulisan ini, saham Top Glove terus menyusut 2.54% pada 57 sen dengan permodalan pasaran sebanyak RM4.6 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat