Kekecewaan Trader GBP Berterusan, Jualan Runcit UK Susut Mendadak

599

Penjualan runcit UK tanpa dijangka mencatatkan kejatuhan ketara pada bulan Julai, memberi tanda bahawa pemulihan kuat di negara itu mungkin akan kehilangan momentum.

Data dari Pejabat Statistik Negara (ONS) UK melaporkan bahawa jumlah jualan runcit jatuh sebanyak 2.5% pada bulan lalu, setelah kenaikan yang dicatatkan pada Jun sebanyak 0.2%.

Angka ini selari dengan bacaan inflasi yang lebih lemah pada awal minggu, sekali gus meringankan tekanan kepada Bank of England (BOE) untuk menarik semula langkah rangsangannya.

Bank pusat telah memberi amaran bahawa kenaikan harga pengguna mungkin melonjak hingga dua kali ganda dari sasarannya pada akhir tahun ini, tetapi kadar perbelanjaan yang lebih perlahan mengurangkan risiko tersebut.

Menurut ONS, penjualan makanan merosot 1.5% bulan lalu setelah kenaikan 3.9% pada bulan Jun ketika berlangsungnya acara kejohanan bolak sepak Euro 2020 yang mendorong lebih ramai berbelanja.

Sementara penjualan petrol dan diesel pula dilaporkan turun 2.9%, penurunan bulanan pertama sejak Februari, kerana hujan lebat pada awal Julai yang mempengaruhi jumlah lalu lintas di jalan raya.

Matawang pound terus melemah di paras terendah satu bulan susulan penerbitan data tersebut, dengan didagangkan di sekitar harga 1.3613 berbanding US dolar yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat