Kekuatan USD Sukar Ditandingi, Emas Kekal Tidak Bermaya

6,180

Pengukuhan US dolar terus menjadi faktor yang membataskan pergerakan harga emas setelah mengalami kerugian mingguan ketiga berturut-turut pada minggu lalu.

Pada sesi Asia, dagangan emas sedikit susut pada $1,875 per auns, dilemahkan oleh raja mata wang US dolar yang mengukuh ke paras tertinggi 20 tahun.

Hasil bon AS 10 tahun juga meningkat lebih tinggi dengan menyentuh tahap tertinggi sejak November 2018 sekali gus memberi tekanan tambahan buat logam kuning emas.

Data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang lebih baik daripada dijangkakan pada bulan April terus memberi sokongan buat mata wang gergasi dolar greenback untuk menguat berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ini ditambah pula dengan keputusan Federal Reserve (Fed) yang menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 1.00% pada minggu lalu.

Emas cenderung melemah apabila bank pusat meningkatkan kadar atau mengetatkan dasar monetari mereka.

Walau bagaimanapun, kebimbangan terhadap impak ekonomi daripada sekatan Barat ke atas Rusia dan penutupan Covid di China, kekal meletakkan permintaan buat emas sebagai safe-haven.

Kebimbangan ini mendorong kesuraman dalam pasaran saham Asia pada hari ini, yang turut menyusuli kemerosotan dalam niaga hadapan saham AS berikutan tindakan agresif Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat