Kelebihan Yen Pada Sentimen Risk-Off, EUR/JPY Ada Potensi Untuk Sambung Penurunan

237

Mata wang safe-haven seperti Yen kembali mendapat kelebihan dalam pasaran di penghujung minggu ini dengan suasana pasaran yang kembali diselubungi risiko dengan laporan perkembangan krisis Rusia-Ukraine.

Seperti yang telah dijangkakan sebelum ini, ketegangan suasana yang mereda sebelum ini hanyalah sementara apabila dilaporkan tentera-tentera Rusia semakin menghampiri sempadan Ukraine.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden juga melihat Moscow hanya sengaja mencetuskan situasi untuk mencari alasan bagi memulakan peperangan ke atas Ukraine.

Dengan sentimen pasaran risk-off, Yen antara yang mengukuh pada dagangan Khamis semalam berbanding beberapa mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Seperti pengukuhan berbanding Euro, Yen telah berjaya menekan harga lebih rendah semula pada carta pasangan mata wang EUR/JPY selepas terdapat kenaikan di awal minggu.

Pada Rabu lalu, harga telah berjaya mencapai kenaikan ke paras sekitar 131.900 namun corak penurunan harga ditampilkan semula pada dagangan Khamis semalam ke paras sekitar 130.500.

Paras tersebut menjadi paras sokongan buat harga sebelum harga pantul semula pada dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Kekal memberi isyarat pergerakan trend bearish, harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dengan jangkaan penurunan akan diteruskan sebelum penutup dagangan minggu ini.

Paras sehingga 129.00 dilihat akan menjadi tumpuan harga jika sentimen pasaran yang terus berisiko menambahkan kekuatan Yen untuk terus menekan harga lebih rendah.

Sementara jika ketegangan antara Rusia dan Ukraine mulai reda semula, berkemungkinan kenaikan harga boleh berlaku dengan zon rintangan sekitar 131.600 akan diuji lagi.

Untuk kenaikan lebih tinggi akan mendorong harga menuju zon sekitar 132.00 atau zon rintangan 133.00 yang dicapai harga minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat