Kelemahan Pound Pandu GBP/USD Susuri Ke Paras $1.34000

446

Bermula sesi Eropah semalam, harga pada carta GBP/USD dilihat terus menyambung aksi penurunan lebih 100 pips untuk menguji zon tumpuan sekitar 1.34000 yang sebelum ini menjadi rintangan sukar ditembusi pada Ogos 2020 lalu.

Penyusutan tersebut juga telah mempengaruhi pergerakan harga untuk memaparkan rekod terbaharu bagi paras terendah 2021 sebelum kembali disokong untuk melonjak pada sesi Asia hari ini (Khamis).

Harga telah pun menonjolkan aksi agresif untuk merundum sekitar 500 pips selepas ia mencapai paras tertinggi pada pertengahan bulan September sekitar paras 1.39000.

Pengukuhan US dolar sama sekali kekal mendorong harga pada carta GBP/USD untuk tenggelam lebih rendah di kala kelemahan yang dicatatkan oleh Pound yang disebabkan oleh kenaikan harga gas di UK.

Terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Pound pada sesi Eropah hari ini (Khamis) akan menjadi perhatian para pelabur untuk menganggarkan hala tuju pergerakan harga berikutnya.

Melihat kepada pergerakan semasa, harga dijangka bakal mencatatkan peningkatan ke zon SBR (support become resistance) 1.35000 untuk mencipta LH (lower high) yang terbaharu.

Sekiranya pergerakan harga gagal membuat LH yang terbaharu dan melepasi zon SBR tersebut, paras halangan Moving Average 50 (MA50) bakal ditembusi untuk memberi isyarat perubahan trend.

Paras 1.36000 akan menjadi fokus para pelabur untuk dituju bagi memperlihatkan petunjuk yang jelas untuk kembali pamer kenaikan yang lebih ketara.

Jika penurunan yang lebih rendah menembusi zon sokongan 1.34000, pergerakan harga berkemungkinan akan merosot ke paras support seterusnya pada 1.33000 untuk mencatat rekod terendah terbaharu 9 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat