Emas bagi pengahntaran April di Comex menyusut sebanyak 0.46 peratus kepada $1,213.85 satu troy ounce.
Dalam masa yang sama, copper futures menyusut sebanyak 1.45 peratus di Comex dengan mogok di Chile yang masih menjadi tumpuan utama buat pasaran komoditi ini.
Pekerja di sana mengundi pada Selasa bagi menolak tawaran gaji yang diberikan oleh Syarikat dan memilih untuk melancarkan mogok secara besar-besaran di ladang tembaga terbesar di dunia itu.
Harga emas meningkat di Amerika Syarikat pada hari Khamis apabila kebanyakan pelabur masih mengawasi pelbagai risiko yang bakal datang di dalam pentadbiran Trump. Dalam masa yang sama, komoditi ini juga mengambil peluang untuk bangkit sementara menanti data NFP yang amat penting buat pasaran minggu ini.
Pada hari Rabu, Fed tidak mengeluarkan sebarang isyarat terkini mengenai kenaikan kadar selepas kenaikan 25 mata asas dalam mesyuarat Disember lalu. Namun begitu, jawatankuasa ini optimis terhadap sentimen pengguna dan perniagaan yang dinilai bertambah baik.
Kadar pengangguran juga kekal pada paras yang rendah mencerminkan pasaran buruh yang kekal utuh buat masa ini.
Apa Yang Terjadi Kepada US Dollar Menjelang NFP Malam Ini? Baca Artikel Ini!