Kelompok ‘Whales’ Kripto Tidak Goyah, Tambah 729 Bitcoin Dalam Masa 3 Hari!

840

Pada awal minggu ini pasaran kripto menyaksikan harga aset kripto melakukan penurunan tajam ketika para pelabur mengambil sikap lebih berhati-hati di tengah penurunan pasaran ekuiti global.

Pergolakan dalam pasaran harta tanah China yang berkaitan dengan pemaju Evergrande tempoh hari telah mendorong harga Bitcoin telah kehilangan 10% dan diperdagangkan pada $ 42,634 berdasarkan Coin Metrics. Nasib yang sama turut menimpa aset kripto yang lain. Ethereum disisi lain telah jatuh 12% kepada $ 2,985.95.

Kejatuhan telah mendatangkan pelbagai tafsiran dalam kalangan para pelabur. Ada yang mengambil sikap berhati-hati, ada yang panik dan ada yang melihat ia sebagai peluang. Perkara ini lebih terzahir apabila Indeks Ketakutan dan Ketamakan Bitcoin menunjukkan bacaan ‘ketakutan melampau’.

Walaubagaimanapun sebilangan pelabur terutama dalam kelompok pelabur ‘ikan paus’ melihat ini sebagai peluang. Terdapat laporan bahawa salah satu ikan paus ini telah membeli 321 bitcoin pada dua hari yang lalu dan menambahkan pegagangan BTC hari ini sebanyak 408 BTC.

Kelompok pelabur ikan paus ini telah mengumpulkan 321 Bitcoin pada harga purata $ 40,500. Data dalam rantaian menunjukkan bahawa mereka membuat pembelian yang besar beberapa jam kemudian selepas BTC catat harga rendah harian sekitar $ 39,600.

Pada hari ini pula, kelompok ikan paus menambahkan lagi 408 bitcoin yang bernilai kurang dari $ 18 juta. Ini secara tidak langsung pegangan BTC bagi ‘satu alamat’ ini telah meningkat menjadi 112,202.59 bitcoin. Dengan kata lain, stash ini bernilai $5 bilion.

Harus dimaklumi bahawa kelompok ikan paus tertentu seperti ini antara yang paling aktif membuat pembelian dan penjualan bergantung kepada pergerakan harga. Justeru tidak hairan sebahagian trader turut menjadikan pergerakan ‘whale’ sebagai salah satu indikasi untuk ambil posisi dagangan.

Pada hari ini, Pasaran Kripto telah pulih $200 bilion dalam masa sehari dengan harga BTC di paras $44,000. Hal ini kerana terdapat laporan bahawa kerajaan China akan mengambil bahagian untuk menangani masalah Evergrande.

Tumpuan pasaran kini adalah pada pergerakan harga dengan harapan harga BTC dapat melonjak kembali pada paras harga $47,000.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat