Kelulusan Penangguhan Brexit Bergantung Kepada Keputusan Parlimen UK – Donald Tusk

310

Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk memberitahu bahawa beliau sedang berunding dengan pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mengenai bagaimana untuk bertindak ke atas permohonan UK untuk penangguhan.

Perjanjian yang dicapai bersama UK adalah pada dasarnya sama dengan perjanjian yang dipersetujui bersama kerajaan Theresa May dahulu namun terdapat sedikit perubahan dalam protokol Ireland dan Ireland Utara mengenai backstop.

Penerimaan Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk melaksanakan pemeriksaan kastam di pintu masuk ke Ireland Utara akan membolehkan pemeriksaan sempadan atau backstop antara Ireland dan Ireland Utara dapat dielakkan dan akan memastikan integriti Pasaran Tunggal.

Menurut Tusk, adalah jelas bahawa keputusan perundingan ini sangat bergantung kepada apa yang diputuskan oleh parlimen UK dan perlu bersedia untuk menghadapi setiap senario. Beliau turut menambah bahawa no-deal Brexit tidak akan pernah menjadi keputusan EU.

Sementara itu, Perdana Menteri UK Boris Johnson menghadapi dua undian penting di parlimen hari ini yang akan menentukan sama ada beliau dapat menunaikan janji untuk mengetuai pengeluaran Britrain daripada EU pada tarikh akhir 31 Oktober ini.

Pada malam Isnin, kerajaan telah menerbitkan Rang undang-undang Perjanjian Pengeluaran berjumlah 110 halaman dan bersama-sama dengan 125 muka surat nota penjelasan. Sehubungan itu, Pemimpin Dewan Rakyat Rees-Mogg mengatakan bahawa perbahasan parlimen terhadap Rang Undang-undang Perjanjian Pengeluaran akan bermula pada hari ini

Bagaimanapun, ahli parlimen secara kerasnya mengutuk PM Johnson kerana masa yang diberikan untuk membahaskan draf undang-undang tersebut adalah terlalu singkat.

Pada masa yang sama, Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker telah mengeluarkan kenyataan bahawa Brexit hanya membuang masa dan tenaga dan menyatakan kekesalannya terhadap keputusan Britain untuk meninggalkan EU.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat