Kemajuan Sedang Dicipta! UK Dijangka Bakal Mementerai Perjanjian CPTPP

173

11 anggota pakatan perdagangan trans-Pasifik yang merangkumi Jepun dan Australia dijangka tidak lama lagi bakal mencapai persetujuan luas dengan Britain. Pengumuman rasmi dijangka dibuat tidak lama lagi, tambah sumber yang didapati oleh Reuters, dimana maklumat itu belum didedahkan kepada umum.

Britain berkata rundingan dengan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) telah berjalan dengan baik. Jurucakap Perdana Menteri Rishi Sunak berkata para menteri akan membincangkan CPTPP dengan rakan sejawatan mereka pada minggu ini.

Britain telah berusaha untuk membina hubungan perdagangan global berikutan pengunduran mereka daripada Kesatuan Eropah, dan kemudian mereka memulakan rundingan pada Jun 2021 untuk menyertai kumpulan CPTPP kerana ingin untuk beralih ke arah ekonomi yang jauh dari segi geografi.

Ahli kumpulan CPTPP lain ialah Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Memiliki keahlian ini akan menambah lagi perjanjian perdagangan dua hala sedia ada Britain dengan beberapa negara anggota, dengan matlamat keseluruhan untuk mengurangkan lagi tarif ke atas barangan dan mengurangkan halangan kepada perkhidmatan dan perdagangan digital.

“Kami mencapai kemajuan besar dalam penyertaan UK ke CPTPP, dan menyasarkan untuk memuktamadkan rundingan pada peluang paling awal,” kata jurucakap kementerian perniagaan dan perdagangan Britain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat