Kemanakah Hala Tuju Ringgit Sepanjang Pada Minggu Ini?

311

Mata wang ringgit dijangka kekal rendah sepanjang sepanjang minggu ini dalam julat pergerakan RM4.76 hingga RM4.77 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Ada juga yang berpendapat bahawa ia akan bergerak positif dek kerana pasaran dijangka akan meneruskan pemulihannya pada Jumaat lepas walaupun data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 lebih rendah.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit secara umum berada pada kecenderungan rendah memandangkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) agak kukuh berbanding kumpulan negara G7 lain.

Justeru, dolar AS dijangka bakal meraih permintaan tinggi dalam pasaran.

Katanya lagi, pasaran menjangkakan Fed tidak akan melonggarkan pendirian ketat terhadap dasar monetarinya dan ini akan memberikan kelebihan tambahan buat dolar.

Pada minggu lepas, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur di saat berlakunya pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku keempat 2023, ramalan pengurangan kadar faedah AS dan sentimen positif di pasaran ekuiti.

Tepat jam 10.45 pagi, ringgit masih kekal di paras 4.7778 iaitu sama seperti ia ditutup pada minggu lepas.

Walau bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 4.7765/7820 berbanding 4.7595/7705 seminggu sebelumnya.

Nota tempatan juga diniagakan lebih mudah berbanding mata wang utama lain, kecuali ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1780/1818 daripada 3.1849/1925 seminggu sebelumnya.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 6.0117/0186 daripada 6.0017/0156 dan susut nilai berbanding euro kepada 5.1419/1478 berbanding 5.1241/1359 sebelumnya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang Asean.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5479/5522 daripada 3.5342/5429 seminggu lalu dan jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 305.7/306.1 berbanding 304.3/305.2 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 8.53/8.55 daripada kadar penutup minggu lepas 8.51/8.55 dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.2559/2763 daripada 13.2540/2902 pada Jumaat lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat