Kembali Bangkit! Mampukah GBP/USD Terus Papar Aksi Cemerlang?

293

Meninjau kepada pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD telah memperlihatkan lonjakan harga kekal diteruskan untuk kembali mencapai paras tertinggi minggu lalu sekitar 1.33640.

Sementara itu, secara khususnya ia telah pun merealisasi lonjakan menghampiri 200 pips selepas zon sokongan 1.32000-131600 yang dicecah pada dagangan awal minggu terus utuh menyokong lonjakan.

Tambahan pula lonjakan tersebut turut membuatkan harga kekal didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang sering kali dianggap sebagai indikasi kepada perubahan trend bullish.

Sentimen pasaran risk-on mengucar-ngacirkan semula matawang safe-haven termasuk meruntuhkan sementara kedudukan raja matawang USD setelah ia mempamerkan aksi cemerlang pada minggu lalu.

Menjadi tumpuan terbaharu pelabur adalah penantian kepada terbitan data indeks perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) yang dijangka mampu mempengaruhi pergerakan USD lebih rancak.

Hal-hal yang berkenaan sama sekali telah pun mencipta kesempatan kepada matawang Pound untuk kembali bangkit setelah mempersembahkan prestasi lemah longlai pada awal dagangan Disember ini.

Yakni paras ketinggian 1.33640 itu juga pernah menjadi sokongan pada November yang kini dianggap sebagai paras SBR (support become resistance) dan kerap menyekat lonjakan di dagangan Disember.

Oleh yang demikian, secara tidak langsung akan membuatkan pelabur menilai reaksi harga pada paras SBR tersebut sebelum menjangkakan harga mencapai ke zon 1.34000 jika paras itu berupaya dilepasi.

Akan tetapi sebaliknya zon 1.33000 mungkin akan menjadi sasaran awal yang dijangka bakal dicecah terlebih dahulu jika pergerakan harga kembali cenderung semula dalam membuat penurunan harga.

Penurunan harga yang lebih rendah pula akan mendorong harga sekali lagi mencecah zon sokongan 1.32000 dan sekali gus kebarangkalian akan meneruskan pergerakan mendatar sepanjang 4 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat