Kemelut Politik AS Punca Lonjakan Emas Dalam Sesi Asia!

42

Emas melonjak dalam sesi Asia pada Rabu selepas keadaan huru-hara politik yang berterusan di AS melambatkan prospek dasar ekonomi terutamanya yang berkaitan dengan potongan cukai dan perbelanjaan infrastruktur.

Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex New York Merchantile Exchange meningkat sebanyak 0.60 peratus kepada $1,243.82 satu troy ounce dagangan copper futures menurun sebanyak 0.24 peratus kepada $2.544 sepound.

Semalam, harga emas meningkat lebih tinggi pada Selasa apabila kegelisahan politik di AS menambah tekanan kepada matawang gergasi. Dalam masa yang sama, kebanyakan data ekonomi juga menjejaskan jangkaan pemulihan pertumbuhan ekonomi AS pada suku kedua.

Sentimen juga beralih kepada asset safe-haven pada Selasa kerana pergolakan politik di Washington yang semakin memuncak selepas dua pegawai AS berkata bahawa Presiden Trump mendedahkan meklumat sensitif kepada Menteri Luar Russia di dalam mesyuarat yang diadakan pada minggu lepas.

Trump juga mempertahankan keputusannya untuk berkongsi maklumat sensitif dengan Russia dengan menegaskan bahawa dia mempunyai “hak mutlak” untuk berkongsi “fakta” mengenai isu keganasan dengan Russia.

US Dollar menjunam ke paras terendah dalam tempoh enam bulan apabila kebimbangan mengenai agenda pentadbiran Trump semakin meningkat.

Menurut Fed rate monitor tools, pasaran kini meletakkan jangkaan sebanyak 67 peratus terhadap prospek kenaikan kadar pada bulan Jun berbanding jangkaan sebanyak 80 peratus bagi minggu sebelum ini.

12 Kes Serangan Ransomware WannaCry Dikenalpasti di Malaysia! – LE Global Services

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat