Kemenangan Biden Buatkan Ramai Pelabur Kaya Semakin Bimbang – Ini Sebabnya!

1,667

Golongan berada dalam kalangan rakyat Amerika dilaporkan telah mula mengubah rancangan hartanah mereka sebelum akhir tahun kerena bimbang Joe Biden akan memenangi pilihan raya presiden A.S dimana beliau merancang untuk meningkatkan cukai.

Kebimbangan terbesar ialah kemenangan Demokrat yang memberi Biden keupayaan untuk mengusulkan dan meluluskan reformasi cukai.

Demokrat sebelum ini telah menyatakan bahawa pihak mereka ingin menaikkan cukai hartanah seperti sebelum ini. Ini akan menyebabkan pengecualian cukai dikurangkan kepada $5.49 juta. Sebelum ini polisi Trump telah memberikan kelebihan kepada golongan berada dimana rang undang-undang cukai yang ditandatangani merangkumi faedah untuk syarikat dan orang kaya Amerika pada tahun 2017.

Menurut firma kewangan golongan berada telah mula menyemak semula pelaburan dan pelan hartanah mereka kerana jangkaan bahawa Biden akan mengembalikan cukai hartanah keparas yang ditetapkan pada 2009.

Jika dasar Trump lebih menumpukan pihak golongan berada, Biden pula lebih mensasarkan pembangunan ekonomi kelas pertengahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat