Kemerosotan Langganan Terus Beri Impak Pada Astro

1,395

Penurunan langganan adalah salah satu faktor yang mendorong kemerosotan dalam keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2023, keuntungan bersih Astro jatuh 43.79% kepada RM259.04 juta daripada 468.88 juta pada tahun sebelumnya.

Sementara, hasil bagi tahun tersebut pula turun 9.1% kepada RM3.8 bilion daripada RM4.18 bilion.

Ini menyusuli pendapatan yang lebih rendah dicatatkan syarikat itu pada suku keempat yang berakhir pada tahun kewangan sama.

Keuntungan bersihnya susut 56.75% kepada RM54.75 juta daripada RM126.59 juta pada suku keempat, dengan hasil bagi tempoh itu susut 3.9% kepada RM990.67 juta daripada RM1.03 bilion setahun lalu.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, kemerosotan tersebut berpunca daripada kejatuhan dalam langganan, hasil pengiklanan dan jualan barangan, yang diimbangi oleh peningkatan dalam jualan hak pengaturcaraan.

Selain itu, Astro mengunjurkan bahawa faktor makroekonomi seperti kelembapan pertumbuhan global dan kadar faedah yang tinggi akan terus mempengaruhi isi rumah dan perniagaan pada tahun kewangan 2024.

Justeru, kumpulan itu mengekalkan pandangan berhati-hati dan akan memantau keadaan perniagaan di samping menguruskan kos secara berhemat.

Saham Astro kembali meningkat pada sekitar 66.5 sen pada dagangan hari ini (Selasa), selepas susut lebih rendah pada hari Isnin pada 62 sen.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat