Kemerosotan Pasaran Minyak Mentah Pacu Kenaikan USD/CAD

415

Kesan penurunan harga minyak mentah dalam pasaran kian memberi kesan buruk terhadap dagangan bagi matawang dolar Kanada yang sensitif terhadap perubahan pasaran komoditi tersebut.

Pelabur menjangkakan kemerosotan pada pasaran minyak mentah akan berlarutan berikutan penurunan pada permintaan serta risiko pemulihan ekonomi global.

Berbanding US dolar, dolar Kanada kembali bergerak lemah pada minggu ini dengan kenaikan yang dipamerkan pada carta pasangan matawang USD/CAD.

Minggu lalu menyaksikan trend penurunan harga, namun pada awal minggu ini harga mula melonjak dari paras support 1.3000 dan melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam harga yang menunjukkan trend bullish bermula.

Dagangan semalam menyaksikan kenaikan harian sekitar 120 pips menguji paras 1.31400 pada zon SBR (support become resistance).

Pergerakan harga mula perlahan dan dilihat berdepan kesukaran untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini.

Harga yang bergerak di atas paras sokongan MA50 bakal menjangkakan harga untuk meneruskan kenaikan hari ini menuju zon resistance di bawah paras 1.32400.

Namun, pelabur kekal berhati-hati menjelang terbitan laporan data pekerjaan NFP AS yang akan mempengaruhi dagangan US dolar.

Data pekerjaan Kanada pula yang diterbitkan bersama akan turut memberi kesan terhadap dagangan dolar CAD.

Jika US dolar kembali bergerak lemah manakala Loonie pula mengukuh, harga bakal membuat penurunan semula dan zon support pada 1.3000 bakal menjadi destinasi tumpuan.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat