Emas Hitam Bakal Catat Kerugian Pertama Sejak 5 Minggu

284

Dagangan minyak mentah terus mengalami kejatuhan pada sesi dagangan menjelang hujung minggu dengan jatuh ke paras terendah dalam satu bulan, dihimpit oleh kebimbangan berterusan terhadap kejatuhan permintaan dan pemulihan ekonomi global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan menyusut 49 sen kepada $43.58 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula turun 50 sen kepada $40.86 setong. Ini menyebabkan kedua-dua penanda aras itu dijangka mencatat penurunan mingguan pertama dalam tempoh lima minggu.

Pengukuhan yang diraih dagangan komoditi hitam sejak 5 minggu lalu akhirnya terhenti setelah data oleh Pentadbiran Tenaga Maklumat AS (EIA) menunjukkan kejatuhan ketara dalam permintaan petrol di Amerika Syarikat.

Sementara itu, pemulihan global terus menimbulkan ketidakpastian, lebih-lebih lagi masih terdapat beberapa negara yang mengalami lonjakan kes coronavirus menyebabkan usaha pemulihan terbantut.

Dari segi penawaran pula, OPEC+ mula mengurangkan pengurangan pengeluaran pada bulan Ogos, di mana Arab Saudi telah meningkatkan output melebihi 400,000 tong sehari pada bulan lalu.

Dalam pada itu, Iraq pula dilaporkan mungkin akan memohon lanjutan selama 2 bulan untuk melaksanakan pemotongan tambahan pengeluaran sebagaimana yang dituntut dalam perjanjian OPEC+.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat