Kempen Boikot Facebook – Habislah Mark Zuckerberg!

1,545

Kempen boikot pengiklanan yang dianjurkan oleh Anti-Defamation League, #StopHateForProfit akan menembusi global, menambahkan lagi tekanan terhadap Facebook untuk bertindak segera membuang kandungan yang berunsurkan kebencian.

CEO Common Sense Media, Jim Steyer berkata organisasi kempen itu akan mula mengajak lebih banyak syarikat di Eropah untuk memboikot laman sosial itu, dengan harapan penggubal undang-undang negara itu akan bertindak tegas terhadap Facebook.

Kempen tersebut ditubuhkan susulan daripada berita kematian rakyat berkulit hitam, George Floyd yang dibunuh oleh seorang anggota polis Minneapolis. Verizon Communication merupakan salah satu daripada 160 syarikat yang turut menyokong kempen itu.

Kejadian pembunuhan Floyd telah mengundang pelbagai reaksi dari syarikat-syarikat di dunia. Malah, impak daripada isu itu turut merebak hingga ke luar Amerika Syarikat (AS), seperti keputusan Unilever untuk menukar nama produk penjagaan kulit yang popular di India, Fair & Lovely.

Desakan yang diterima Facebook telah mendorong platform tersebut bersatu dengan pertubuhan hak asasi manusia dan pakar untuk menubuhkan program artificial intelligence (AI) yang akan membolehkan perisian itu mengenalpasti 90% kandungan berunsurkan kebencian sebelum pengguna membuat laporan.

Kempen yang sudah mula menular ke seluruh dunia tidak memberi impak besar terhadap kewangan utama. Namun, tidak dapat dinafikan perkara tersebut akan menjejaskan pendapatan Facebook yang dijana menerusi pengiklanan.

Setiap tahun Facebook meraih $70 bilion pendapatan dari jualan pengiklanan dan suku daripadanya merupakan keuntungan dari syarikat besar seperti Unilever. Manakala, sebahagian besar pula daripada perniagaan kecil.

Sementara itu, kempen yang sudah cecah ke luar AS menyebabkan Facebook kehilangan nilai pasaran, $56 bilion setelah harga saham susut 8.3% pada Jumaat lalu.

Terbaru dilaporkan Starbucks turut memberhentikan iklan buat sementara waktu di semua platform media sosial dan dalam kerjasama bersama organisasi hak asasi manusia untuk menghentikan budaya penyebaran unsur kebencian.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat