Verizon Dan 92 Syarikat Lain Boikot Facebook Dalam Kempen #StopHateForProfit

596

Facebook Inc. nampaknya kehilangan pengiklan dan syarikat terbesar, Verizon yang turut menyertai beberapa syarikat lain memboikot Facebook dan Instagram.

Kempen boikot terhadap Facebook merupakan usaha Anti-Defamation League sebagai respon terhadap kelemahan Facebook menangani kontroversi yang melibatkan Presiden Donald Trump dan protes terhadap isu rasisme serta kekasaran polis di Amerika Syarikat (AS).

Dikatakan kempen itu, dengan tanda pagar #StopHateForProfit dilancarkan pada 17 Jun dan menerima sambutan yang positif dari beberapa syarikat lain selain Verizon dengan jumlah setakat ini sebanyak 93 syarikat.

Verizon yang menyertai The North Face, Ben & Jerry’s, iHerb dan Magnolia Pictures menjelaskan tindakan mereka adalah berdasarkan dasar polisi yang ketat dan tidak bertoleransi jika polisi tersebut dilanggar.

Mereka juga memutuskan untuk berhenti seketika daripada melanggan perkhidmatan iklan Facebook sehingga media sosial itu memberi penyelesaian yang bermanfaat kepada dua-dua pihak.

Verizon merupakan syarikat ke-78 terbesar dalam senarai pengiklanan Facebook untuk tempoh antara 22 Mei hingga 20 Jun 2020 dengan perbelanjaan sebanyak $1.5 juta kepada Facebook dan $500,000 kepada Instagram.

Manakala bagi Facebook, mereka berjaya menjana hampir $70 bilion pendapatan dan $17 bilion keuntungan berdasarkan servis pengiklanan yang ditawarkan.

Ben & Jerry’s berpendapat bahawa usaha ini akan mendorong Facebook untuk bertindak tegas daripada dipergunakan sebagai platform untuk menyebarkan kebencian dan memecah-belahkan kaum serta memprovok pengundi sehingga wujudnya rusuhan di negara itu.

Sementara itu, berdasarkan laporan Suruhanjaya Eropah pada bulan ini mendapati Facebook telah membuang 86% kandungan berunsur kebencian, meningkat dari 82.6% pada tahun lepas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat