Kempen Pilihanraya Presiden AS Menelan Kos Perbelanjan Berbilion Dolar?

353

Tidak ramai yang tahu pemilihan presiden Amerika Syarikat yang akan berlangsung pada 3 November 2020 sebenarnya menelan perbelanjaan cecah berbilion dolar dan kempen yang dijalankan adalah berdasarkan dana yang dikumpul.

Walaupun Presiden Trump mendahului perlumbaan mengumpul dana berbanding calon demokratik Joe Biden, dilaporkan pada Jun lalu Biden berjaya mengalahkan Trump dengan dana melebihi US$10 juta bagi tempoh dua bulan berturut-turut.

Untuk pengetahuan, dana mula dikumpul sebaik sahaja nama calon diumumkan oleh kedua-dua parti politik. Melalui dana tersebut, akan digunakan untuk kempen sehingga tiba hari pilihan raya umum.

Dilaporkan jumlah perbelanjaan kempen presiden telah meningkat lebih 1000% sejak 1980, ketika Ronald Reagan mengalahkan Jimmy Carter sehingga 2012, ketika Barack Obama mengalahkan Mitt Romney.

Dana yang dikumpul ini merupakan usaha rakyat yang menjadi penyumbang utama, menyumbang sebahagian wang mereka, sekurangnya US$2,800 bagi setiap pilihan raya.

Walaupun begitu, jumlah dana yang tinggi tidak menjaminkan kemenangan pilihan raya. Calon demokrat Hillary Clinton misalnya dikalahkan Trump pada 2016 walaupun menghabiskan perbelanjaan untuk kempen sehingga cecah ratusan juta dolar.

Jumlah kempen 2020 masih tidak diketahui sehingga pilihanraya pada November ini. Namun, buat masa sekarang, kedua-duanya mengumpulkan lebih dari setengah bilion dolar dana untuk jumlah tiga bulan yang berakhir pada 30 Jun.

Menurut sumber, Biden berjaya mengalahkan Trump menerusi kempen pengiklanan di Facebook dan berjaya raih dana melalui platform digital, cecah hampir US$11 juta bersama Obama. Manakala, Trump kekal berpengaruh di Twitter dan platform lain tanpa mengeluarkan kos.

 

Anda mungkin juga berminat