Kenaikan GBP/USD Alami Kesukaran Untuk Tembusi Paras Rintangan 1.25000

1,071

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD mempamerkan kenaikan pada dagangan awal minggu ini selepas siri penurunan harga pada minggu lalu.

Pound masih lagi berisiko dibelenggu kebimbangan terhadap rundingan Brexit antara UK-EU yang dilihat goyah walaupun berakhir dengan baik pada rundingan minggu lalu.

Kenaikan harga walau bagaimanapun lebih didorong oleh penyusutan US dolar disebabkan sentimen pulih pasaran namun pelabur kekal berwaspada.

Harga pada carta GBP/USD telah membuat kenaikan dari paras sekitar 1.23350 sehingga ke paras tumpuan 1.25000 di zon SBR (support become resistance) selepas melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Sesi pasaran Asia hari ini melihatkan sedikit penurunan susulan komen kontroversi Penasihat Perdagangan White House yang menyatakan perjanjian dagang US-China telah berakhir. Ini telah mencetuskan panik dalam pasaran dan mendorong matawang safe-haven US dolar mengukuh.

Namun, selepas kenyataan tersebut ditarik balik, US dolar kembali bergerak lemah semula.

Sesi Eropah menyaksikan kenaikan pada dagangan Pound susulan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK diterbitkan dengan angka bacaan yang positif dan menunjukkan aktiviti kilang di semakin beroperasi dengan baik.

Namun, kenaikan harga dilihat sukar untuk melepasi paras 1.25000 dan harga bergerak lemah di sekitar paras tersebut.

Jika harga kembali membuat penurunan semula, paras sokongan dinamik MA50 akan diuji sebelum harga kembali ke zon support 1.23500.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju zon tumpuan harga pada paras 1.22500.

Sebaliknya jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi 1.25000, harga seterusnya akan menuju zon SBR (support become resistance) sekitar paras 1.26500.

Dan kenaikan yang diteruskan akan kembali menguji zon resistance di bawah paras 1.28000 yang gagal ditembusi sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat