Prestasi suram US dolar di awal minggu membuka ruang untuk mata wang Euro paparkan prestasi baik selepas berjaya catatkan kenaikan mingguan yang memberangsangkan minggu lalu.
Pegawai bank pusat Eropah (ECB) mengulangi fokus mereka terhadap inflasi zon Eropah yang menumpukan pada sektor perkhidmatan dan pertumbuhan gaji.
Presiden ECB Christine Lagarde memberitahu penggubal dasar Eropah bahawa pertumbuhan gaji kekal rancak tetapi firma-firma perlu menyerap kenaikan itu dengan margin keuntungan yang sedikit perlahan berbanding tindakan menaikkan harga.
Selebihnya, pergerakan Euro akan terus dipacu oleh prestasi US dolar dengan spekulasi berkenaan langkah penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) kekal berlegar dalam pasaran.
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga paparkan kenaikan harian sekitar 40 pips semalam mencapai ketinggian sekitar 1.08600.
Pergerakan harga mendatar di bawah paras tersebut sehingga ke penutup sesi New York dan bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa).
Harga yang kini berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi petunjuk untuk pergerakan bullish.
Kenaikan harga jika berjaya diteruskan selepas ini dilihat akan mencabar paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.08880.
Seterusnya zon rintangan 1.09000 menjadi sasaran untuk ditembusi bagi mengekalkan corak pergerakan bullish tersebut.
Jika sebaliknya situasi berubah, harga boleh paparkan penyusutan semula di bawah sokongan MA50 sebelum menuju ke zon tumpuan pada 1.08000.
Penurunan lanjut harga yang menembusi zon itu akan menjangkakan harga untuk mencecah semula ke paras sokongan 1.07000 sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG