Kenaikan Harga Minyak “Tersangkut” Selepas Aktiviti “Take Profit” Oleh Pelabur

42

Pasaran niaga hadapan minyak mentah jatuh sedikit pada awal pagi (Sesi Asia) Rabu selepas pelabur mula “locked profit” iaitu menyimpan keuntungan apabila harga minyak melonjak hampir 5 peratus pada sesi sebelumnya.

Ia juga dipengaruhi sentimen dari Kerajaan Amerika Syarikat(AS) dan juga OPEC bahawa permintaan minyak mungkin akan meningkat pada tahun depan.

Harga minyak juga berada di dalam tekanan apabila data industri menunjukkan kenaikan dalam stok minyak mentah AS. Pengukuhan US dollar dan kenaikan harga emas juga memberikan tekanan kepada harga minyak.

Data Crude Oil Inventories yang akan dikeluarkan empat kali seminggu, dan untuk minggu ini bakal dikeluarkan pada jam 10.30pm Malam ini waktu Malaysia, bakal menyaksikan sedikit “profit taking” sebelum data ini dikeluarkan.

Pasaran masih risaukan tentang harga minyak, adakah akan mengekalkan momentum kenaikan atau tidak.

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum juga berkata permintaan bagi minyak kumpulan pengeluar itu akan meningkat tinggi pada tahun 2017 berbanding pengeluaran semasa.

Isu China menuntut sebahagian Laut China Selatan juga menjadi perhatian kepada pelabur, kerana kerisauan yang mungkin jika China dapat menuntut, mereka mungkin menggali lebih banyak minyak yang bakal memberikan lebih impak kepada harga minyak dunia.

Ketika artikel ini ditulis, harga Minyak Mentah (WTI Crude Oil) berada di paras sekitar $46.5 berbanding $44.5 pada semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat