Kenaikan Harian Cecah 400 Pips, USD/JPY Pamer Isyarat Awal Trend Bullish

485

Matawang US dolar kembali mempamerkan kenaikan berbanding safe-haven Yen sejak semalam selepas harga pada carta pasangan USD/JPY telah mencecah ke paras terendah 3 setengah tahun iaitu sejak September 2016.

Penurunan harga ke paras terendah tersebut hampir mencecah 101.000 adalah disebabkan sentimen pasaran yang semakin berisiko disebabkan penularan wabak Coronavirus dan di tambah pula tekanan oleh ketegangan negara pengeluar minyak Arab Saudi dan Rusia.

Dagangan UDS/JPY menyaksikan harga membuat kenaikan pada sesi Asia semalam sehingga 300 pips ke paras lebih tinggi bersambung pada sesi pasaran Eropah.

Harga yang menguji paras 105.100 di zon SBR (support become resistance) kemudian dilihat membuat penurunan semula sehingga ke paras sokongan Moving Average 50 (MA50).

Harga kemudian kembali membuat kenaikan semula pada sesi New York dan berjaya melepasi paras ketinggian sebelumnya dan mencapai paras tertinggi harian sekitar 105.900.

Pemulihan pada nilai matawang US dolar dilihat didorong oleh harapan pelabur terhadap penggubal polisi monetari global yang kini giat merancang untuk melanjutkan rangsangan untuk merancakkan semula ekonomi yang sedang terjejas.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa berkata beliau akan melaksanakan pemotongan cukai gaji dan tindakan rangsangan lebih besar yang lain, namun butiran lanjut masih belum jelas.

Penganalisis pasaran melihat pada perubahan awal trend, masih terlalu awal untuk mengatakan sentimen pasaran telah berubah positif dan pelabur dinasihatkan kekal berwaspada.

Jika harga kekal meneruskan kenaikan pada carta USD/JPY, harga dilihat akan menuju paras 107.00 menguji zon SBR tersebut sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras sokongan MA50 akan menjadi paras support harga dan jika harga berjaya turun lebih rendah, berkemungkinan harga akan menuju semula paras support sekitar 101.00.

Pelabur akan memberi reaksi pula pada data inflasi Amerika Syarikat pada sesi New York malam ini yang akan mempengaruhi pergerakan matawang US dolar.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat